Kulit
buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah
cacing dalam kalangan kanak-kanak, iaitu termasuk cacing gelang, cacing kerawit
dan cacing peniti. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai ‘Punica granatum’ dari segi saintifik
juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium,
vitamin A dan vitamin C.
Selain
itu, ia juga berfungsi untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk
cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di
Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi
masalah pernafasan berbau. Buasir juga merupakan satu lagi penyakit yang boleh
dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai
astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.
No comments:
Post a Comment