Sunday, 13 April 2014

Fakta Gula yang Anda Perlu Tahu


Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Perkara pertama yang anda perlu ketahui ialah wujudnya pelbagai jenis gula tersembunyi di dalam kebanyakan makanan yang diproses.
Jika terbaca label makanan yang mengandungi sukrosa, fruktosa, madu, molasses, laktosa, maltosa dan galaktosa, itu semua GULA-lah yang pakai nama lain. Jadi, buatlah pilihan bijak dalam memilih makanan agar dapat menghindari daripada penyakit.

6 TIP KURANGKAN GULA

Tip #1 – Lupakan Minuman Manis
Hampir sebahagian besar jumlah gula dalam sehari datangnya dari minuman yang kita ambil. Lebih membimbangkan lagi adalah bahawa kebanyakannya datang dari fruktosa yang mampu memberikan anda risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes dan juga kanser pancreas. Oleh itu, banyakkan meminum air kosong atau anda boleh memilih madu atau pemanis jika mahu tambahan gula.

Tip #2 – Gugurkan Sumber Makanan Yang Mengandungi Karbohidrat Kompleks
Gula ada dalam pelbagai jenis makanan termasuklah coklat, kek, roti, nasi, pasta, ubi kentang, aiskrim dan sebagainya. Jadi, sentiasa awasi jumlah pengambilan kesemua makanan ini kerana ia mampu melemahkan sistem metabolism tubuh dan hanya menggalakkan penyimpanan lemak berlebihan.

Tips #3 – Cari Gula Tersembunyi
Gula tersembunyi banyak terkandung di dalam makanan seperti sos cili, sos tomato, makanan dalam tin, gula-gula getah, ubat batuk dan sebagainya. Ia menggunakan nama lainnya seperti sukrosa, laktosa. Pendek kata, yang ada ‘sa-sa’ tu confirm gula!

Tips #4 – Snek Cara Sihat
Menggantikan pengambilan kuih-muih dengan buah-buahan. Selain itu, tidak mengambil makanan atau minuman manis di antara waktu makan utama kerana ia tidak mengenyangkan. Sebaliknya, tindakan tersebut hanya akan membuatkan anda berasa lebih lapar dan cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu makan utama nanti.

Tip #5 – Gantikan dengan Madu
Syaratnya, anda perlu mengambil hanya madu asli. Madu bukan asli jika disimpan di dalam peti sejuk akan menghasilkan gumpalan kecil seperti kristal di permukaannya.

Tip #6 – Senaman

Selain mengurangkan pengambilan gula, bersenam juga penting dalam memastikan purata berat badan yang ideal. Penurunan berat yang selamat adalah antara 2-4 kilogram sebulan.

No comments:

Post a Comment