Thursday 15 May 2014

pabila anda stress..

TEKANAN. emm, siapa tak  pernah tertekan memang tipulah. nak2 sebagai pelajar. minggu 10 je tahap tertekan makin tinggi. assignment perlu submit, test, quiz, presentation, dinnerlah, AGM, itu ini macam2lah. paling parah bila buat last minute (macam kata kat diri sendiri je.hehe.. kenyataan!). jadi, tak nak kasi parah darjah tekanan tu, moh ler kita try n error tips yang saya dapat dari majalah Wanita ni..

wahid(berbahase arab kiter)..

tarik nafas sedalamnya dan hembus perlahan2 setiap kali berhadapan dengan masalah. jangan cepat melatah yer kawan2. biasalah tu kalau ada masalah, sesekali singgah bagi hidup huru-hara, bagi warna-warni yang selama ni straight je. masalah yang datang tu dikira sebagai rencah kehidupan agar kita lebih kuat, cekal, perkasa(itu lewah!) pada masa akan datang. ni semua dapat kuatkan fizikal dan mental kita, yelah akan datang masuk dalam bidang pekerjaan kita jumpa macam2 jenis perangai orang, yang baik, yang ok, yang K.O, yang tak semenggah, yang jujur, yang berkira, yang parasit, aish macam2 lagilah. kalau mental fizikal kuat benda camtu di hujung jari je..layannn.

isnaini.

cuba senaraikan beberapa cadangan kepada penyelesaian masalah anda dan cuba selesaikan one by one *speaking pulak kiter!hee
contohnya: senaraikan kerja kita tu. buat list tampal kat dinding ke kat pintu ke, jadi mudahlah nampak. kalau dah selesai pangkah, cuba selesaikan masalah yang lain pulak. takdelah tertekan sangat. kalau dalam kepala je nanti ingat2 lupa yang mana dah selesai yang dalam progress, semuanya cacamarba.

sala sah.

belajar untuk berbicara tentang masalah yang anda hadapi dengan teman rapat atau insan yang boleh dipercayai. kalau yang ni hati2 sikit, bukan semua orang boleh kita percayai. manusia ni rambut je hitam tapi hati lain2. my suggestion, better with your siblings. mereka sedarah sedaging kita, sanggup terima baik buruk kita jadi apa2 masalah atau rahsia lebih selamat.

arba’ah.

keep smile and laugh. jangan terlalu serius dalam setiap hal kerana ini juga salah satu faktor yang buat anda makin tertekan. kalau tengah marah pun cuba senyum. so senyumlah senyumlah wahai cik mek molek :)

komsah.

mendengar muzik, membaca atau menonton filem jenaka supaya minda anda bersantai. pilihan muzik tu pulak jangan yang lembut+sayu nanti lagi layu. dengar muzik rancak yang dapat up kita punyer semangat gitu! empty decoration-indecisive bunkface-soldier..
bagi yang beragama Islam, banyakkan berzikir setiap kali dilanda masalah atau kerisauan. Pohon pada Dia agar permudahkan segala urusan anda. kalau saya, Zikir Terapi Hafiz Hamidun jadi pilihan sebab sangat menenangkan hati saat gundah gulana.

si’tah.

apa salahnya jika sesekali anda pergi bermain di pusat permainan yang terletak di pusat membeli belah.. mainlah segala macam permainan yang memang scary tahap membunuh tu bagi lepas tension. anda pasti akan terasa puas dan tenang selepas itu. tapi kutolak awal2 naik roller coaster tu, macam nak tercabut nyawa tengok pusing2 lelaju cenggitu. kalau bowling tu tak pe, rileks je golek2 bola anggap pin tu macam masalah jadi biar pin tu jatuh bagai masalah yang jatuh terbalik. so ikut habit masing2lah prefer game yang macam mane =)

sab’ah.

yang ni paling saya suke.. jalan2 cuci mata! pergilah mana2 tempat menarik tengok dunia ciptaan-Nya yang Maha Hebat ni. kalau poket tebal usha pulau2 kat Malaysia ni. nak save budget pergilah melawat Taman Tasik Putrajaya ke, Taman Tasik Taiping ke, Taman Negara ke, Taman Herba ke, Taman Botani ke, Taman Tamadun Islam ke, taman permainan ke…hee  ikutlah apa yang ada berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.


p/s: Sabar adalah kunci paling penting. sabar hadapi masalah yer! ingat, sabar itu separuh daripada Iman. Last but not least credit to Wanita mag.  :D

Sunday 20 April 2014

MeRaWaT kUdIS & LuKa MeLaLuI BANANA


Pisang sangat kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Ia juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsang aktiviti enzim dalam metabolism glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Getah pisang disapu pada bahagian luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu, pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.
*Nampak tak banyaknya kegunaan pisang?? Dari isi, kulit, batang, daun malah getahnya pun mujarab!  Celur jantung pisang, jadi ulam (huh!! tiba-tiba terasa lapar) !!

So, mulai hari ni say yes to banana!!



Tuesday 15 April 2014

Kurma Hindar Gangguan Usus



Kurma yang dikenali sebagai ‘Phoenix dactylifera L’ dari segi saintifiknya amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, iaitu ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.


Bagi mengubati penyakit ini, bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga amat berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun :)

Sunday 13 April 2014

DELIMA SI PENYELESAI PELBAGAI MASALAH.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak, iaitu termasuk cacing gelang, cacing kerawit dan cacing peniti. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai ‘Punica granatum’ dari segi saintifik juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan vitamin C.




Selain itu, ia juga berfungsi untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah pernafasan berbau. Buasir juga merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.




Fakta Gula yang Anda Perlu Tahu


Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Perkara pertama yang anda perlu ketahui ialah wujudnya pelbagai jenis gula tersembunyi di dalam kebanyakan makanan yang diproses.
Jika terbaca label makanan yang mengandungi sukrosa, fruktosa, madu, molasses, laktosa, maltosa dan galaktosa, itu semua GULA-lah yang pakai nama lain. Jadi, buatlah pilihan bijak dalam memilih makanan agar dapat menghindari daripada penyakit.

6 TIP KURANGKAN GULA

Tip #1 – Lupakan Minuman Manis
Hampir sebahagian besar jumlah gula dalam sehari datangnya dari minuman yang kita ambil. Lebih membimbangkan lagi adalah bahawa kebanyakannya datang dari fruktosa yang mampu memberikan anda risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes dan juga kanser pancreas. Oleh itu, banyakkan meminum air kosong atau anda boleh memilih madu atau pemanis jika mahu tambahan gula.

Tip #2 – Gugurkan Sumber Makanan Yang Mengandungi Karbohidrat Kompleks
Gula ada dalam pelbagai jenis makanan termasuklah coklat, kek, roti, nasi, pasta, ubi kentang, aiskrim dan sebagainya. Jadi, sentiasa awasi jumlah pengambilan kesemua makanan ini kerana ia mampu melemahkan sistem metabolism tubuh dan hanya menggalakkan penyimpanan lemak berlebihan.

Tips #3 – Cari Gula Tersembunyi
Gula tersembunyi banyak terkandung di dalam makanan seperti sos cili, sos tomato, makanan dalam tin, gula-gula getah, ubat batuk dan sebagainya. Ia menggunakan nama lainnya seperti sukrosa, laktosa. Pendek kata, yang ada ‘sa-sa’ tu confirm gula!

Tips #4 – Snek Cara Sihat
Menggantikan pengambilan kuih-muih dengan buah-buahan. Selain itu, tidak mengambil makanan atau minuman manis di antara waktu makan utama kerana ia tidak mengenyangkan. Sebaliknya, tindakan tersebut hanya akan membuatkan anda berasa lebih lapar dan cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu makan utama nanti.

Tip #5 – Gantikan dengan Madu
Syaratnya, anda perlu mengambil hanya madu asli. Madu bukan asli jika disimpan di dalam peti sejuk akan menghasilkan gumpalan kecil seperti kristal di permukaannya.

Tip #6 – Senaman

Selain mengurangkan pengambilan gula, bersenam juga penting dalam memastikan purata berat badan yang ideal. Penurunan berat yang selamat adalah antara 2-4 kilogram sebulan.

Sihat Dan Cergas Sehingga Tua!



Makin hari usia makin meningkat.. ada apa dengan nombor 20, 30, 40 dan seterusnya ??? Apa yang penting adalah bagaimana untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, cergas dan aktif. Jika kita menjaga kesihatan dari awal, masalah lemah, tak bertenaga, obesiti tak akan bertandang kat tubuh kita. Memandangkan saya pun baru melangkah ke alam 20-an ni, jadi saya nak kongsi serba sedikit tip-tip untuk kekal cergas pada usia begini.
Menginjak usia 20-an, sudah tentu ada yang dah berpeluang memgang duit sendiri dan tak kurang juga masih tunggang terbalik mengejar tangga-tangga kejayaan di alam universiti. Lantaran itu, ada yang beranggapan bahawa pada usia begini tidak perlulah berusaha keras menjaga kesihatan kerana anggapan tubuh badan masih kuat dan bertenaga tanpa ada sebarang masalah. Persepsi sebegini perlu dibuang kerana harus diingat senaman yang dimulakan dari sekarang akan dapat menjadi kebiasaan agar diri sentiasa sihat.
Hanya lakukan latihan atau senaman yang mudah dan menyenagkan anda. Terdapat banyak latihan atau senaman yang sesuai seiring dengan usia. Antaranya ialah :-
·         Banyakkan latihan kardio sekurang-kurangnya 30-60 minit seperti berjalan laju, senamrobik, berlari dan sebagainya.
·         Jika melakukan senaman di gymnasium, pilihlah latihan yang ringan dari peringkat yang ringan dan diakhiri dengan peringkat yang tinggi bergantung kepada kekuatan tenaga tubuh badan anda. Sebagai contoh ‘squat’, ‘hamstring’, ‘lunges’, ‘curls’ dan lain-lain.
·         Di samping itu, pada usia 20-an, otot lebih cepat mengembang justeru itu pastikan anda tidak melakukan latihan yang menggunakan beban terlalu berat.


#biar senaman menjadi darah daging >_O

Wednesday 2 April 2014

S! Merah yang S!hat

Tahukan anda bahawa tomato sangat kaya dengan vitamin A,B dan C. Vitamin-vitamin ini tidak hancur jika dipanaskan atau dimasak. Bahkan tomato juga kaya dengan zat besi. Malah jumlah zat besi yang terkandung dalam buah tomato 2x lebih tinggi berbanding zat besi dalam telur.


Antara kelebihan lain cik tomato ni :


~Amalan memakan tomato segar secara teratur dapat meningkatkan kemampuan penglihatan dan mengurangkan masalah mata.

~Meminum jus tomato sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat menguatkan gusi dan memberhentikan pendarahan.

~Berkumur dengan jus tomato yang dicampurkan sedikit air secara teratu, dapat menyembuhkan pecah-pecah pada bibir, lidah dan mulut.

~Makan tomato mentah yang ditaburi garam hitam dan serbuk lada hitam dapat menyembuhkan masalah pencernaan dan meningkatkan selera makan.

~Minum satu gelas jus tomato dengan sedikit madu ketika sarapan akan dapat memberikan kekuatan fizikal dan mental serta dapat meningkatkan tenaga tubuh. Meminum jus tomato sebelum makan pula akan dapat meningkatkan selera makan, mengurangkan kelesuan dan menyediakan tenaga untuk otot. Pengambilan jus tomato secara teratur, tulang yang lemah in shaa ALLAH menjadi kuat.



Selamat mencuba :D