Tahukan
anda bahawa tomato sangat kaya dengan vitamin A,B dan C. Vitamin-vitamin ini
tidak hancur jika dipanaskan atau dimasak. Bahkan tomato juga kaya dengan zat
besi. Malah jumlah zat besi yang terkandung dalam buah tomato 2x lebih tinggi
berbanding zat besi dalam telur.
Antara kelebihan
lain cik tomato ni :
~Amalan memakan tomato segar secara
teratur dapat meningkatkan kemampuan penglihatan dan mengurangkan masalah mata.
~Meminum jus tomato sekurang-kurangnya
tiga kali sehari dapat menguatkan gusi dan memberhentikan pendarahan.
~Berkumur dengan jus tomato yang
dicampurkan sedikit air secara teratu, dapat menyembuhkan pecah-pecah pada
bibir, lidah dan mulut.
~Makan tomato mentah yang ditaburi
garam hitam dan serbuk lada hitam dapat menyembuhkan masalah pencernaan dan
meningkatkan selera makan.
~Minum satu gelas jus tomato dengan
sedikit madu ketika sarapan akan dapat memberikan kekuatan fizikal dan mental
serta dapat meningkatkan tenaga tubuh. Meminum jus tomato sebelum makan pula
akan dapat meningkatkan selera makan, mengurangkan kelesuan dan menyediakan
tenaga untuk otot. Pengambilan jus tomato secara teratur, tulang yang lemah in
shaa ALLAH menjadi kuat.
Selamat mencuba
:D
No comments:
Post a Comment